Jumaat, 15 Jun 2012

Pesanan buat sahabat..


Dulu akulah sahabat,dan akulah teman,kini bila kau mencipta kejayaan lebih dari aku,kau mula menunjukkan taring kesombongan. Ingatlah sahabat,perjalanan hidup kita umpama roda,sekejap di atas,sekejap di bawah,kerna itu adalah titik-titik noda kehidupan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Sahabat …janganlah dek kerana harta pangkat darjat duniawi kau alpakan nilai persahabatan kita,jangan dek kerana wanita,kau hancurkan sebuah ikatan persahabatan. sahabat,aku mengerti dan aku sedar,aku tidaklah sehebat seperti engkau,tetapi ketahuilah sahabat,aku memegang tali persahabatan kita selama ini  hingga hembusan nafas ku yang terakhir.