Dulu akulah sahabat,dan akulah teman,kini bila kau mencipta
kejayaan lebih dari aku,kau mula menunjukkan taring kesombongan. Ingatlah
sahabat,perjalanan hidup kita umpama roda,sekejap di atas,sekejap di
bawah,kerna itu adalah titik-titik noda kehidupan kita sebagai khalifah Allah
di muka bumi ini. Sahabat …janganlah dek kerana harta pangkat darjat duniawi
kau alpakan nilai persahabatan kita,jangan dek kerana wanita,kau hancurkan
sebuah ikatan persahabatan. sahabat,aku mengerti dan aku sedar,aku tidaklah
sehebat seperti engkau,tetapi ketahuilah sahabat,aku memegang tali persahabatan
kita selama ini hingga hembusan nafas ku
yang terakhir.